365 - 1Perjalanan (Journal#8)

Assalam ... hi all

Dah raya dah... :)

sepatutnya aku post ni pada hari raya dua hari lepas tapi tak sempat .. rayakan .. faham-faham sajala
ok moving on ... dari simplify ..aku rasa aku dah dapat sikit dari keseluruhan teknik DrR n HjK. tapi mmg banyak lagi la yang perlu aku belajar lagi... cara nak lukis simplified versions of many things macam pokok, rumah, simple shapes supaya lebih senang nak sampaikan maksud tu.

so, kerja dan belajar FVS ni berjalan seiring, aku dapat rasakan pembaharuan dalam sistem aku mengajar dengan penggunaan FVS ni... awesome laa especially bila ajar MSProject.  Subject matter besar dan menuntut kefahaman yang tinggi .. but with FVS... student akan senang faham.

Aku nak cerita sikit pasal class FVS DrR n HjK ni.  Students yang masuk dalam training mereka bukanlah calang2 orangnya. Antara yang famous - Prof. Dr Harlina Siraj, Coach Amirul dari Yayasan WibaPrima, En. Zulfaqar, NLP Practitioner, warga Unimap dan ramai lagi la...mereka yang hebat2.  Kagum dengan semangat dan kreativiti diaorg ni la buat aku lebih nak tau pasal  FVS ni.

Alrite, next FVS class yang aku attend, di Anjung UniMap, PWTC.  Class sepatutnya 2 hari tapi aku dapat attend 1 hari saja sebab aku ada class di Johor the next day.  Tak apa as long as aku dapat ilmu walaupun sikit. Bermula dari pagi, DrR terangkan peri pentingnya kemahiran ini.  

KBAT vs KMAT - Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi Vs Kemahiran Melakar Aras Tinggi

Tajuk ni kalau kita kupas .. panjang ya amat tapi aku ringkaskan.  
KBAT - sistem pembelajaran kita sekarang ini menuntut pelajar semua untuk berifikir aras tinggi iaitu berfikiran luar dari apa yang dilihat semata-mata.  Sistem ini memberi peluang kepada pelajar untuk membina tahap pemikiran yang cemerlang.  Contohnya, pelajar perlu memberi pendapat sendiri seperti contoh di bawah.

"Dengan bantuan gambarajah, terangkan bahawa kenaikan harga barang yang mempunyai sedikit barang penganti akan sentiasa meningkatkan jumlah hasil pengeluar" 

KMAT - adalah kemahiran untuk kita melakar dan menzahirkan idea kita secara visual supaya dapat dilaksanakan dengan sempurna. 

Secara ringkasnya, pendidik akan memberikan tajuk untuk dikupas, pelajar pula akan menzahirkan idea-idea bernas di atas kertas menggunakan skil melakar untuk pendidik faham dengan mudah (Read Visual) apa yang hendak disampaikan.  

Jadi, nampak tak kat sini apa yang nak aku tunjukkan.  Soalan-soalan kbat - perlu untuk pelajar melukis (lihat soalan tadi- dengan bantuan gambarajah), FVS pulak menghubungkan apa yang diperlukan oleh soalan KBAT tu dengan KMAT.

ok aku share ebook berkenaan topik di atas untuk lebih berkesan lagi penjelasannya.  Very good book.


so, that's it untuk kali ni. aku akan sambung lagi di journal akan datang

Happy Eid Mubarak uollss...


Love

ChE sU







Comments

Popular Posts