365 - 1Perjalanan (Journal#1)

Assalam semua & Hi everyone

Journal#1

Aku, seorang trainer IT ... lebih kurang 21 tahun aku di dalam bidang ni.  Kadang2 rasa muak, kadang2 suka, dan kadang2 rasa macam tak dihargai pun ada. Dalam 21 tahun tu, macam2 pengalaman aku kutip. Kalau nak diceritakan satu persatu... mesti korang rasa nak muntah darah baca.. :)

Ok... aku nak share dengan korang pengalaman aku yang terkini laa.. 2 tahun lepas.  Sebagai trainer, tiap2 tahun aku kena buat kursus2 baru untuk dihantar pada Training Provider (TP).  Ini untuk diaorang buat sales and also untuk aku upskill kan software yang biasa kepada yang luarbiasa.  So, aku cari la info2 terkini yang boleh membantu pekerja2 dan orang ramai di luar sana, untuk buat kerja dengan lebih efektif dan mudah. Cari...cari...cari...JUMPA

YES!!!! Topik trending masa tu Infographics.  So, aku kaitkan dengan subject PowerPoint, sebab banyak benda boleh buat dengan PowerPoint tu.  Memangla kalau orang dengar... Haaaa apa POWERPOINT? Yeah POWERPOINT.... macam BIAR BETIK!!! hehe

Betik tak betik... aku buat jugak tapi aku rasa macam ada yang tak kena. Macam mana nak buat kursus ni lebih interesting? BUNTU kejap.

Lama aku termenung depan PC,... belek email la kejap.  Bukak email aku, eh ada invitation la... dari YPU ... Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu. Click! - Jemputan ke Kursus Freehand Visualization Skills (FVS) - PERCUMA

Wahhhhh....excited aku tapi apa benda pulak freehand ni.... macam best tapi tak tahu apa bendanya, di Kuala Terengganu pulak tu.  Adoii malasnya nak drive.  Tapi yang bestnya 3 jam FOC.. so tengok calendar, free - tak ada apa2 program.  So aku decide, nak pergila... maybe boleh kasi aku idea untuk kursus aku nanti... dapat ilmu baru. Mak(aku) cuba.  

Sampailah pada masa dan ketika yang aku nantikan. Pagi tu, masih contemplating lagi nak pergi ke tak.  En. Somi kata tak payah la... 3 jam je.. tapi macam ada magnet tau benda ni. Aku berkeras nak pergi jugak.  Actually dah lewat tapi tak apa ... NEKAD. Alhamdulillah sampai.  Ramai betul peserta.  Nasib baik baru mula - introduction haaa.  Cari spot baik punya and start dengar.

Penceramahnya Dr. Ruzaimi Mat Rani (DrR), anak kelahiran Kuala Terengganu dan merupakan seorang penulis buku dan arkitek yang berjaya.  Beliau bersama dengan Hj. Khairul (Hj.K) yang mengasaskan DRAWZANIA.COM.  Selepas pengenalan dan penerangan tentang FVS (nanti aku citer pasal FVS in the next journal), peserta semua diberikan pensil dan kertas. 

Aikkkk... kena lukis ke ni...Alamak!!!!! Mana aku tau lukis.. aku ni tak pernah minat lukisan. Masa sekolah dulu... abang aku yang tlg lukiskan. Adoiiii... 

DrR kata " Ok, semua dah ada kertas? Baik, sekarang lukiskan saya kereta kebal"

"BOOM" macam nak meletup kepala aku - mana aku tau lukis kereta kebal... silap2 jadi kereta apa pun aku tak tau.  Aku gagahkan jugak lukis.. Ya allah! aku sendiri tak nak tengok ..HODOH ya amat.

Siap kereta kebal, next DrR suruh lukis 3 pasu bunga, - aaa yang ni senang sikit, pasu dan bunga je.  Siap, next, rumah idaman - haaaa... lukis rumah.. adoi... HjK lalu tepi aku .. ini rumah ke pondok pengawal... hahah...malunya.  last sekali pemandangan tepi laut... haaa kelaut la jawabnya.

4 perkara yang DrR suruh lukis - kereta kebal, 3 biji pasu bunga, sebuah rumah idaman, dan pemandangan tepi laut - rupanya ini proses nak menghidupkan tangan.

Menghidupkan tangan means - tangan kita berseni dan semua orang boleh melukis cuma kita tak latih untuk kita boleh melukis.  ITU rupanya. 

Jadi cara untuk menghidupkan tangan dengan lebih mudah - dengan menggunakan portal drawing online - Drawzania.com. 

So, akhirnya aku beli access card ke portal tu untuk aku belajar - dapat ilmu baru.. Ada something add on to my training nanti - itu yang bermain dalam otak aku. alhamdulillah 

ok... Kita sambung next journal k.. take care all ..bye! 
siapa2 nak tengok portal tu blh pegi kat Drawzania.com. 


SALAM

Che su


 

 





Comments

Popular Posts