365 - 1Perjalanan (Journal#3)
Assalam semua...hi
everyone
Jom kita sambung cerita
kelmarin. So now you have the idea of what FVS is. Menarikkan.. So
aku terus bertekad bagus jugak kalau terus jadi certified trainer sebab aku nak
tahu FVS ni dengan lebih mendalam. So, aku contact DrR, mohon dia update
aku kalau ada TTT - Train the Trainer class utk aku join. Alhamdulillah,
kata dia ada tapi separuh hari saja sebab dia ada some trainers yang baru
halfway level 1. So aku kata OK...I wanna join.. half day pun tak apa la janji
dapat.
So the training was at
Gombak. Plan asal nak naik bas aje.. tapi kebetulan my husband keje
malam, so dia kata tak apa dia tlg hantar. Off we go to Gombak, pagi
pukul 3 untuk sampai di training center tu sebelum pukul 9. Training
center tu namanya Sang Kelembai Training Center, kalau tak salah aku.
Perjalanan pagi cepat sikit sebab tak ada kereta banyak sangat, maka sempat sampai 8
pagi. Sesudah breakfast, aku terus ke tempat training. Itu adalah
kali ke2 bertemu DrR dan HjK selepas YPU session di Terengganu. Masuk
kelas, tengok semua muka2 yang dah terror, aku je yang baru terkial-kial.
Dalam hati tak apa, buat bodo je.:)
Training bermula, wahhhh
banyak sungguh yang aku ketinggalan and the info came in at the right
time. Sebab masa tu aku tengah cari info-info macam mana nak cantikkan lagi
kelas grafik aku. Sungguh kagum. Banyak teknik yang memudahkan
sebenarnya untuk kita melakar dan melukis. Usai pembelajaran dengan DrR,
bahagian ke2 bersama HjK. Di sini lagi jelas penggunaannya kerana apa
yang kita lukis atau lakar itu akan jadi lebih mudah untuk disampaikan
maksudnya. Contohnya, cara mudah untuk kita mengajar anak-anak kita
menghafal sifir. Kalau dulu mak-mak kita
memang suruh kita baca dan hafal .. betulkan
Tapi dengan kaedah ini, kitab
boleh menghafal sifir secara diagram iaitu dengan melukis gambar JAM.
Macam ni

Comments
Post a Comment