365 - 1Perjalanan (Journal#4)

Assalam semua ... hi hi

Another week,  ye...seminggu lagi kita akan menyambut lebaran the MCO way.  Stay safe all. 

Ok hari ni nak sambung episod seterusnya.  Selesai training pertama, dan tugasan untuk menjadi seorang certified trainer pun telah diberikan.. ya allah banyak jugak.  dan aku rasa ilmu belum cukup.  Pulang dari training, aku pun mula start kerja hakiki aku.  Dalam masa yang sama, nak siapkan assignment yang diberikan. 

Tapi sebelum submit, aku kena practice dulu sebab aku rasa tanpa practice, garisan dan lukisan tak akan nampak smooth.  Dan aku notice banyak benda masa aku buat latihan dan tugasan ni.

1.  Fokus - masa kita sketch, kita perlu fokus pada apa yang kita buat.  sama macam kita membaca Al-Quran.  kita perlu fokus supaya kita dapat membaca dengan lancar. Kenapa .. sebab kalam-kalam Al-Quran bersambung dengan baris2 yang indah, kalau kita tak fokus, kita akan baca dengan baris yang salah dan maknanya akan berubah.  Sama dengan sketching, kalau kita tak fokus, garisan, bentuk akan senget, tidak seperti yang kita nak.  Uolls kena cuba lepas ni

2.  koordinasi mata -  mata kita bila kita fokus akan menyampaikan banyak info kepada otak.  Sebab tu bila mata kita tertumpu kita akan dapat lebih banyak idea yang kreatif untuk meghasilkan sesuatu yang kita tak jangka

3.  sel-sel otak - aaa macam iklan susu pulak.  Sel-sel otak kita akan berhubung dengan lebih pantas bila kita ada 2 faktor di atas dan of course last sekali 

4. tangan - gerakan tangan kita akan terus menari2 melakar apa yang kita bayangkan dalam otak kita.

Semua ni kita dapat lihat kalau kita buat doodle atau doodling.  doodling ni sekadar kita suka2 tapi cuba kita ubah dari doodle suka2 kepada doodle yang boleh menyampaikan sesuatu.. wahhhh gitu!!!!

Nanti aku share some doodles yang kita boleh try sama2

so 4 faktor ni.. boleh jugak buat kita hilang stress sebab kita asyik melakar... tak sedar dah nak buka puasa :)

ok... so aku share apa yang perlu aku buat untuk practice dan assignment

Line & Shapes




Mesti korang tertanya2 kenapa line and shapes - haaa sebab dari lines akan membentuk shapes.  Sekiranya lines kita tak betul, kita tak akan dapat buat shape yang cantik.

ok.. ni some doodles yang kita blh praktis sama2


Simple kan.. 

Ok try yang ni dulu.. nanti next post aku sambung tentang tatacara kertas dan pegang pencil yang betul ok

kalau nak info lanjut blh click link ni



nak kasi lagi free ebook - click -->  http://nak.la/FreeEbookFVS


ok  C U next Post!

Regards  
CHE SU




Comments

Popular Posts