365 - 1Perjalanan (Journal#10)
Assalam semua.... hi hi..
Diam tak diam .. syawal dah makin meninggi harinya. Biarlah semalam berlalu dengan harapan hari ni lebih baik keadaannya dan esok akan membawa beribu rahmat untuk kita semua.. hari-hari seterusnya akan terus makmur dengan rezeki yang melimpah ruah. Itu yang selalu aku harapkan dari waktu aku sekolah lagi.
Mana taknya, masa aku sekolah, aku rasa susah sangat subjek2 yang aku belajar. Dah la banyak, tak pandai pulak tu. Aku kategori sederhana, tak macam abang dan adik aku yang pick up belajar bak jet pejuang...zaasssss terus dapat.. aku ni ...like a snail .. or better off train... very the slow one haha...
Waktu sekolah tolong mak jual and buat kuih.. sebab kami bukan dari kalangan bangsawan... atau kluster kayangan katanya zaman ni... haaaa. Campur laa main kat sekolah kan... adoiii nakal baik.... camner ek
Anyway, bab belajar.. aku ni student sains.. acah pandai, agah tak nak ambik sastera sebab apa tau sebab masa tu ramai orang cakap masuk sains ... nanti peluang masuk universiti cerahh kalau sastera... samar2. aku pun apa lagi sebab dah tanam cita2 nak masuk universiti dan pi luar negara macam abg aku. haaa
So, Form 4, honeymoon year tapi aku dah rasa, sshnya add math, sshnya kimia, fizik, biologi. Ya allah, macam mana nak belajar. Itu dulu...
Sekarang, untuk anak2 aku aku tak biarkan mereka sendirian macam aku. Aku belajar FVS, ilmu yang aku nak terapkan pada anak2 aku macam mana senangnya belajar menggunakan FVS ni. tak perlu nota bertimbun macam aku dulu...
ok apa yang aku buat, aku akan duduk dengan anak aku, ambik satu chapter dari apa2 subjek atau boleh suruh dia pilih subjek apa yang dia rasa lemah - SEJARAH
kemudian aku akan suruh dia baca dulu dan ambik points. Next, aku akan suruh dia explain apa yang dia faham dan aku akan tanya, bagaimana cara untuk dia sampaikan maklumat yang dia dapat ni.
Kat sini aku bantu dia dengan beberapa contoh lakaran, graf timeline, gambarajah, atau bubble map. Choices yang diberi jangan terlalu kompleks sebab kita nak senangkan dia dalam belajar. kalau dia stuck, kita boleh tolong dia.
Ok utk sejarah tu, aku syorkan timeline - senang sebab dia ikut peredaran masa. Jadi bila terjadinya graf timeline tu, anak aku kata... owhhh macam ni baru nampak apa yang terjadi dan tak la ngantuk sangat bila belajar sejarah.
Jadi apa yang aku nak simpulkan kat sini FVS boleh digunapakai pada apa jua bentuk situasi. Pelajar, pekerja, orang ramai, kanak2, pendidik... aahhhh ramai u name it... entire universe boleh guna. tapi mesti tahula teknik yang betul.
So, kejadian ni, pengalaman ni bukan untuk anak aku aje, aku dah terapkan jugak pada student2 dalam class aku .. sebab apa sebab dengan FVS atau lakaran diaorg akan nampak lebih jelas apa yang sebenarnya mereka nak dan hala tuju tu lebih tepat. TIDAK MERABA2.... haaa
So u guys... jangan ketinggalan ilmu penting untuk kita sebenarnyaa.... kita sambung lagiiii....
Bye
Love
ChE Su
Comments
Post a Comment