365 - 1Perjalanan (Journal#5)
Assalam semua.... hi alll...
Seni visual, jika kita tengok dari satu sudut, memang nampak macam susah tapi sebenarnya jika kita buat dengan teknik yang betul, kita boleh lakukannya.
Seperti yang saya katakan, 80% dari diri kita alah skil dan 20% adalah latihan. Justeru itu, sekiranya kena dengan teknik, maka skil itu akan membentuk dengan sendirinya dan dengan latihan akan mengukuhkan lagi skil kita. Cuma, masalah kita adalah kita tak nak ambik peluang dan tak nak cungkil skil itu. Cuba untuk kali pertama - gagal - terus tak nak buat dah. So, skil itu akan terkubur mcam tu aje.
Aku.. tak ketinggalan. Masa sekolah, subjek paling meluat adalah seni lukis. bila ada seni lukis je, aku pun mintak excuse, keluar dari class. Kebetulan aku pengawas, adalah alasan nak buat kerja2 pengawas. :)
Tapi sejak aku belajar Drawzania ini, lain macam aura dia. Sebelum ni aku buat banyak kraftangan, lukisan belum lagi. Dengan Drawzania ni la.. baru aku tau .. yess... aku mmg blh melukis. Cantik tidak tapi seni...TQ Drawzania
So teknik apa yang Drawzania gunakan - teknik "IMAGINARY BOX" (IB). Maybe ramai dah tau and gunakannya tapi for me it's new and easy.. senang nak lukis.
Teknik ni menggunakan kotak asas yang dilukis dengan ringan (maksudnya - tidak ketara lukisannya). Sebelum itu, kita perlu imagine dulu apa yang kita nak lukis. contohnya pasu bunga. Dapatkan bentuk dan idea di otak, kemudian baru lukis IB tu.
IB boleh ada seberapa banyak yang kita nak untuk membolehkan kita mencapai apa yang kita nak lukis. Tengok video bawah ni k.
So, macam tu caranya kita nak lukis pasu bunga. Mudahkan. kalau uolls berminat nak belajar lebih banyak cara melukis ni bolehla ke Drawzania.com atau subscribe ke channel miandza dalam youtube
ok, that's it. utk post kali ni. kita sambung the next story in the next post.
Bye!
CHE SU
Comments
Post a Comment