365 - 1Perjalanan (Journal#6)
Assalam all... Hi hi
Teknik Imaginary Box(IB) seperti di post yang lepas, banyak memberi peluang pada aku untuk melukis atau melakar apa yang aku nak zahirkan. Senang jugak la ada teknik macam ni.
Ok, rentetan dari IB ni, hari ni aku nak cerita bab aplikasi teknik melakar ni dalam Freehand Visualization Skills (FVS). Aku dah cerita serba sikit dalam post2 yang lepas apakah yang dikatakan FVS. So macam mana atau apa kaitannya teknik melukis atau melakar dengan FVS.
FVS adalah zahirkan idea dalam bentuk lukisan yang bertujuan khas untuk menyampaikan mesej kepada orang lain. Contoh, bagaimana kita nak ringkaskan 5 mukasurat "sales report" kita dalam bentuk paling ringkas?????
Yeeee... sudah tentu dengan melakar - paling cepat untuk simplify report adalah dengan melakar graf sama ada sales itu jatuh atau naik mengikut data2 yang kita ada.. tengok graf ni, kita akan dapat memahami apa yang ada dalam 5 mukasurat sales report tu dengan lebih mudah tanpa perlu membaca teks yang panjang.
satu lagi contoh, bagi pelajar-pelajar, subjek sejarah kadang-kadang bila kita baca boleh buat kita tertidur sebab banyak fakta yang hendak kita hafal dan hadam. Tetapi sekiranya kita lakarkan kejadian2 sejarah tersebut dalam bentuk timeline mudah, kita akan merasakan .. Owhhh mudah aje perjalanan cerita dalam bab sejarah ni. Yang penting, kita kena pandai cari perkataan asas atau root or stem word.
cara macam ni.. hidup lebih bahagia. PERCAYA LAAAA
Aku nak share pengalaman saya mengajar di sekolah IMTIAZ Dungun dalam sesi perkongsian ilmu dengan pelajar Tingkatan 3. ketika itu, rancangan awal aku adalah untuk mengajar bagaimana nak buat infografik mudah menggunakan powerpoint. Tetapi, saat akhir terpaksa tukar sebab tak cukup komputer untuk accomodate 100 orang pelajar PT3 ketika itu. So, daripada tak ada apa2 aku tukar ke FVS. Wahhh...aku mula rangkakan program apa yang nak aku buat sepanjang 3 hari di disitu. Dalam kepala aku banyak ni nak tunjuk, takut tak sempat sebab sesi akan bermula pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 2.30 petang. mmm.... fikir punya fikir dapat la share yang paling basic tapi menyeronokkan.
Maka, aku mulakan dengan mengambil satu topik dari subjek Sains iaitu pendebungaan. kemudian aku tunjukkan bagaimana hendak mencari "Stem Word" dari penerangan yang panjang lebar tu. aku tunjuk satu dan seterusnya pelajar2 yang akan cari. Setelah dapat stem word, next step ialah melakarkan stem words yang pelajar2 dapat. So, dari perenggan yang panjang, dengan lakaran, dapat diringkaskan dan pelajar dapat faham dengan lebih baik.
Aku share satu contoh yang pelajar2 tu buat dalam sesi tu.
Memang menyeronokkan. In fact, Cikgu penyelaras pun kata " Saya tak tau yang kita boleh buat macam ni, sebab selalunya lukisan - statik subjeknya. Sekarang saya nampak FVS ni menarik " - Alhamdulillah, 3 hari penuh dengan perkongsian bermanfaat.
Ok, aku stop sini dulu. nantikan sambungannya.
Love
CHe sU
Comments
Post a Comment