365 - 1Perjalanan (Journal#2)
Assalam and Hi all

ok, hari ni aku nak cerita sikit tentang FVS atau freehand visualization skills, as promised from the last journal. Rentetan dari seronoknya belajar pada kursus YPU tu, aku terus mencari apakah sebenarnya yang best pasal FVS ni. Teringat jugak kata2 DrR yang mahu mencari trainer2 baru untuk melatih kursus ni. Hmmm.... best jugak. ok apa itu FVS? Freehand Visualization skills secara mudahnya adalah menzahirkan idea yang berlegar dalam otak ke atas kertas secara lukisan. Kenapa lukisan? Kenapa bukan tulisan? Tulisan bagus jugakkan tapi mengikut kajian yang aku buat, otak manusia boleh memahami visual lebih tinggi dari tulisan.
"90 percent
In fact, the human brain processes images 60,000 times faster than text, and 90 percent of information transmitted to the brain is visual. Since we are visual by nature, we can use this skill to enhance data processing and organizational effectiveness."
Petikan dari
Humans Process Visual Data Better - Thermopylae Sciences
Justeru itu, kenapa kita tak zahirkan dia secara lukisan - bukan lukisan astetik tapi lukisan yang boleh menyampaikan. Lukisan berbentuk -> LAKARAN - SKETCHES. Tak perlu cantik tetapi maksudnya sampai. Itulah FVS
F - Freehand - Lukisan bebas dengan tangan
V - Visualization - hadirkan idea di dalam otak
S - Kemahiran

Actually, FVS ni bukan benda baru, in fact semua orang memang dah gunakannya. Tetapi apabila ada masalah problem dengan melukis, maka FVS ni terkubur macam tu je. Aku faham bila ramai yang kata ... "alaaa..... saya tak pandai lukis", " saya tak kreatif" .. dan macam-macam lagi. Tetapi itu semua bukan kekangan sebab aku pun tak pandai melukis :). Kemahiran sebenarnya ada dalam diri kita. 80% dari keseluruhan tubuh manusia ada kemahiran dan hanya 20% sahaja latihan. Jadi kita kena pupuk kemahiran itu melalui latihan. BUKTI... aku laaa... memang pada mulanya aku rasa kerasnya tangan aku sampai aku nak lukis bulatan pun aku rasa bulatan aku tak cantik, apatah lagi bentuk2 yang lain. Tetapi, HjK kata buat berkali2 lama2 tangan kita akan rasa lembut dan mudah untuk kita gerakkan untuk lukis apa saja. HjK pun asalnya tak boleh melukis.
So, aku sahut cabaran, beli buku sketches dan pelbagai jenis pencil, aku mula dengan doodling. Lukis la bentuk apa2 pun.. paling aku suka bentuk daun. Ada seninya tersendiri. So bermulalah episod melukis dalam hidup aku.. 2018..
tak berhenti di situ... aku teruskan minat ini... bersambung ..
C U NEXT JOURNAL
ME - CHE SU
http://nak.la/drawzania
0139385705
Comments
Post a Comment