365 - 1Perjalanan (Journal#12)
Assalam semua... hi hi
I am seriously dayyyyssssss behind blogging because am tight up with online meetings and previews. Alhamdulillah.
TCI - thinking - communication - implementation
Selama aku berpeluang belajar mencari ilmu dengan DrR, 3 komponen di atas tu adalah kunci utama kenapa pentingnya kita perlu mahir skill FVS ni. Mula-mula aku fikir kenapa 3 benda ni penting sangat. Fikir,fikir,fikir- sampai aku rasa... tak ada apa pun.. Tapi bila DrR mention dari thinking tu boleh bawa kepada communication.... Zassss--- tersentap kejap. Rupanya betullah...
kita mesti think before u communicate sebab kita nak kena digest dan susun apa yang kita nak cakap baru boleh sampaikan pada orang lain. Dan akhirnya, implementation - lakukan apa yang kita sampaikan.
Tapi sekarang T-C-I itu tidak lagi berlaku. Kebanyakkan dari kita kurang .. bukan tak fikir tapi kurang berfikir .. makanya tidak akan berlaku komunikasi dengan betul dan hasilnya .. tak dapat implemen apa yang ada dalam kotak pemikiran kita. Oleh sebab itu la... kita kena zahirkan dulu apa yang ada dalam otak kita supaya kita boleh sampaikan dengan betul dan dapat di jalankan dengan sempurna.
Era zaman aku sekolah, masih lagi LOTS - lower order thinking skills.. masih lagi melihat akan text atau objek - lepas tu hafal.. tidak ada yang direka dari otak atau dicungkil pendapat dari diri pelajar. semuanya ditelan bulat2 apa yang cikgu cakap. Tapi zaman sekarang, ye memang rasa kesian pada anak2 yang terpaksa belajar macam profesor, namun telek balik... impak dan keberkesanannya ada. Zaman sekarang ..dituntut ... wajib berfikiran HOTS - high order thinking skills - atau KBAT nah aku tambah sikit lagi mesti ada jugak KMAT - kemahiran melakar aras tinggi - KENAPA????
KERANA - soalan2 peperiksaan anak2 kita - mesti suruh plot graf, lukis gambarajah dan sebagainya... Jadi jika ada KBAT shj tak cukup mesti ada KMAT - biar selari kata orang.
So, aku tutup kat sini dulu sebab aku nak jemput semua ke 2 event yang aku rasa bermanfaat pada semua. JOM 13 JUN ni - SABTU
EVENT 1 - TRAINERS VIRTUAL CARNIVAL
TIME: 9.00 AM - 5.30 PM
VENUE : YOUR AWESOME COUCH
Event ni secara virtual menghimpunkan 17 orang pakar-pakar IT dan Softskill untuk beraksi berkongsi ilmu yang bermafaat untuk semua. Event ni... 1st in MALAYSIA - belum pernah dibuat orang..:)
JOM JOIN k
EVENT 2 - FORUM ANAK BIJAK KREATIF
TIME: 11 AM - 12 PM
VENUE : STAY AT YOUR SAME SPOT
Forum ni menarik sebab ada 2 peringkat pengetahuan dan perkongsian hebat tentang ilmu atau kemahiran yang MESTI ada untuk semua orang.
Aku bagi gist aje ye.. the rest .. JOM JOIN dgn aku... JOM JOM
ok c u next posting
bye
LOVE
Che SU
👍🏾👍🏾👍🏾👍🏾👍🏾
ReplyDelete