365 - 1Perjalanan (Journal#11)
Assalam and hi all
Alhamdulillah for another day... satu hari lagi Allah kurniakan untuk aku terus berkongsi pengalaman dan ilmu dengan orang ramai.
Betullah kata orang ramai.. pengalaman akan banyak membantu dalam kehidupan untuk kita kemudikannya di masa depan. Aku tak ketinggalan. Selama aku hidup mencari ilmu, banyak perkara baru yang aku belajar. Di sekeliling aku, terlalu banyak pelajaran yang kadang2 aku rasa sesak kepala aku untuk terima .. tapi rugi plk kalau aku tak ambik... jadi hadam yang mana boleh.. yang tak boleh biarkan ianya berlalu. Ambil yang positif aje .. yang negatif aku buang jauh-jauh.
Sebut pasal belajar, semasa aku kena buang kerja dulu, memang aku ada terfikir nak sambung buat Masters, ye la berangan nak jadi pensyarah.. haha lecturer aku dulu Cik Mariamah .. selalu bagi galakan aku jadi lecturer katanya sepadan dengan aku.
Tapi kira punya kira..mana nak cari duit banyak2 tuu nak bayar tuition fee. So scrap the idea. Selama 5 bulan tanam anggur, Honey, kawan sekerja yang sama-sama kena buang kerja call aku.. katanya ada kerja kosong dekat New Horizons. diaorg tgh cari trainers utk IT. IT!!!!! Ya Allah .. selamatkanla aku... Mana aku reti semua benda IT ni... Aku ni Business Grad bukan IT. Dulu masa belajar ada subjek IT, pun aku tak fokus sbb aku memang tak tau sangat. anyway, cuba aje laa.. mana tau ada bahagian lain yang suit dengan aku.
Pergila aku ke walk in interview tu. Alhamdulilah aku diterima bekerja dengan syarat aku kena belajar balik bidang IT. Ok la .. daripada tak ada apa2. Rupanya itulah rezeki aku sampai sekarang. 22 tahun menjadi trainer IT dan sekarang aku nak beralih sikit angin ke bidang FVS.
Bermula dari tahun 2018, aku belajar FVS. Class ke 3 aku di Perbadanan Kota Buku KL. Class ni memang 2 hari full. Aku datang bawak beg besar sbb aku ada class di Putrajaya usai class FVS. Sharing kali ni.. maha hebat dan participants kali ni pun hebat2 jugak. terasa diri aku ni kerdil sangat. Tak apa la jangan malu.. kalau malu satu sen pun tak dapat.
Bahagian paling menarik minat aku ialah bahagian mengaplikasikan FVS kepada kehidupan harian, kerja2 sekolah dan kerja2 pejabat. Interesting - bagaimana sketch boleh sampaikan maksudnya tersendiri. Amazing. Contoh paling simple - SILA PERKENALKAN DIRI ANDA.
Haaa masa ni .. hanya Allah aje yang tau.. macam mana ni .. senyap jap fikir.. so idea datang aku lukis gambar pompuan pakai tudung, lukis bendera terengganu, letak DOB, lukis 4 orang lidi - husband, anak 3 org. itu sahaja
wahhh awesome - very simple and direct. nanti aku upload aku punya sketch. Tak cantik tapi maksud sampai - that is FVS - not aesthetic but understandable.
Another example, bagaimana kita nak terangkan satu subjek sains pada anak2 kita. so, yang ni aku suka sebab aku baru ajar anak aku bentuk jirim untuk UPSRnya. So, yang ni mudah, so aku lukis seperti di bawah.
jadi, banyak lagi benda dan subjek yang kita boleh hubungkaitkan dengan FVS. Mulanya nampak rumit tapi praktis, praktis,praktis - aku percaya akan membuahkan hasil.
so ... macam mana uolls rasa.. bestkan.. hmm menarik...so jangan tunggu lama2... ikut aku JOM...
jumpa nanti ye
Love
ChE sU
👍🏾👍🏾👍🏾👍🏾👍🏾👍🏾
ReplyDelete