Ramdhan datang lagi..alhamdulillah

Assalammualaikum

Bismillah hirrahmanirrahim

dengan nama Allah saya mulakan bicara saya ini

Ramadhan datang menjenguk kita sekali lagi..alhamdulillah saya dapat melakukan ibadah ini sekali lagi sungguhpun banyak dugaan yang saya hadapi tahun ini..
Awal tahun, tangan saya yang sakit sejak tahun lalu akihirnya terpaksa menjalani pembedahan kerana ianya tidak boleh digerakkan lagi.. sungguh saya tak sangka hanya kerana terantuk meja hingga begini jadinya... selepas pembedahan saya terpaksa pulak menjalani terapi - fisio sehinggalah ke hari ini... amat menyakit kan..tetapi dah beransur pulih alhamdulillah..
tetapi sebulan selepas menjalani operation tu, aku di diagnose pulak dengan satu lagi penyakit yg sering menyerang wanita iaitu cyst... mmg ada yang dah dapat tapi aku yang baru first time ni,.. aduii sungguh sakit..
sakitnya sampai tak blh nak jalan,... masuk pulak sekali lagi dlm hospital.. mujur ianya kecil dan tak perlu dibedah..syukur..sekarang dalam rawatan juga..

sehingga sekarang saya masih lagi dalam peringkat pemulihan.. demam biasa tu adalah menjenguk sekali sekala... namun yang paling menyayat hati adalah ibu saya... Ibu saya telah jatuh sakit pada bulan 6 yang lalu... dia mmg menghadapi kencing manis dan darah tinggi tetapi kali ni luar biasa serangannya... awal tahun 2011 dia pernah dimasukkan ke demc atas sebab kencing kotor..dan kali ni kes yang sama cuma kuman yang menyerang adalah yang merbahaya - e-coli

mak saya meracau, lembik, badan susut, kurang darah, tak lalu makan...Ya Allah berat sungguh dugaan kau berikan pada ibu ku.... sebulan menderita akhirnya dia masuk juga ke hospital selama seminggu untuk doktor kaji dan berikan rawatan yang terbaik untuknya..mmg kosnya tinggi tetapi kami adik beradik sepakat memberikan mana yang mampu..sekarang mak dah beransur pulih namun doktor tak galakkan dia berpuasa sebab dia akan mengalami hyper - iaitu air kurang dalam badan... ianya terjadi kerana apabila seseorang menghidap kencing manis yang tidak terkawal, buah pinggang nya akan mengalami sedikit kegagalan atau gagal terus.  apabila gagal terus - perlu buat dialysis ttp apabila sedikit kegagalan .. air yang diminum akan cepat keluar dari dalam badan yang tak sempat dipegang di dalam buah pinggang..justeru itu membuat kan air dalam badan berkurangan.  maka daripada mudarat, doktor menasihatkan agar tidak berpuasa..

settle bab puasa, mak saya pulang semula ke rumahnya di ipoh semalam.,.. Ya Allah... rumahnya dimasuki pencuri ..dalam bulan RAMADHAN,... habis peralatan dapur, tong gas, basikal bapak saya, dan perkakas dapur hilang... ALHAMDULILLAH ya Allah.... jika ini yang kau rezeki kan untuk ibuku aku dan ibuku juga redho....kepada pencuri yang mencuri... mmg org lain tak nampak perbuatan anda tetapi ALLAH melihat pekerjaan yang anda sedang lakukan dalam bulan yang mulia bulan RAMADHAN...

Hanya Allah yang mampu membalas atas perbuatan mereka... jika barangan itu dijual, diberi makan pula kepada kaum keluarga YA ALLAH..... bagaimana la pulak kehidupan mereka nanti...semoga ALLAH merahmati mereka...

Hari ini, saya baru kembali dari menziarahi kedua mertua saya... Alhamdulillah semua sihat tetapi ada insiden yang membuat kan saya terkilan... saya kepenatan malam sebelum sahur kerana melayan tetamu yang datang.  sebelah petang saya sibuk menyediakan juadah berbuka sebab ibu mertua saya "nak rehat" katanya... saya lah di dapur seorang diri ditemani suami yang menolong membasuh apa yang patut.. bukannya sikit tetatpi banyak...sampai waktu berbuka kita semua berbuka beramai2..mlmnya melayan tetamu pulak...akibat penat, saya terjaga agak lewat..dalam pukul 430 am... selesai solat sunat, saya pun ke dapur tapi dah ramai dah masa tu..oppsss..semua dah bangun dan tinggal sy sekeluarga saja yg blm keluar... adik ipar sudah memasamkan muka.. tidak ada seorang pun yg menegur...saya kembali ke bilik.. mengejutkan anak2 saya.. lalu bergegas makan sahur..suasana dirasakan tegang .. ye la..tak tolong di dapur,...  tau-tau mari makan aje...begitu lah situasi tegangnya suasana sahur...

selesai makan, tolong apa yang patut, adik ipar dah mula menghempas pinggan untuk dibersihkan... protes.... walhal dia seharian tiada di rumah... saya yang bertungkus lumus sediakan makanan berbuka saya tak tunjuk protes pun...adui la....
saya pun angkat kaki..ke bilik air untuk mandi dan solat subuh...aduhh....pagi itu saya tak tenang dan ketenangan itu tidak timbul sehinggalah saya pulang malam tadi...

YA ALLAH.... sungguh kuat kau menguji ku...aku redho... berilah aku kekuatan ....

so itula sedikit sebanyak yang telah berlaku yang saya rangkumkan menjadi satu... nanti saya cerita lagi..moga kali ni lebih kerap menulis...doakan ye..

selamat berpuasa dan berbuka semua...

salam
Suhaila

Comments

Popular Posts