365 - 1Perjalanan (Journal#13)

Assalam,

Berabuk pulak. Selepas raya, aku agak sibuk dengan classes online dan sambung belajar. Banyak assignment yang nak disiapkan. Hari ni setelah selesai semuanya aku kembali semula.  nak sambung journey aku yang sampai hari aku tak habis belajar lagi.

Dari LOTS ke HOTS... banyak yang aku belajar untuk sampai ke tahap HOTS tu.  Bila aku telek2 balik, sebenarnya teknik ni dah wujud sejak zaman Rasulullah lagi di mana waktu tu Nabi saw melukis garisan2 untuk melambangkan umat2nya. Sama jugak dengan orang2 zaman batu di mana medium yang mereka gunakan adalah lukisan untuk berkomunikasi sesama mereka.  Sebab tu kita nampak di gua2 lama ada lukisan2 yang menerangkan tentang sesuatu keadaan atau maklumat.

Hakikatnya - zaman dulu - Visual Less Text
                       zaman pertengahan - Text less Visual
                        zaman baru - Text much lesser Visual
                        zaman alaf 21 - Visual much lesser Text

aku perincikan dengan drawing 


So, kita tahu sebenarnya dengan melakar, apa yang nak kita katakan atau idea yang kita ada akan dapat disampaikan dengan jelas berbanding dengan helaian2 kertas yang kita tulis tetapi idea kita tidak sampai seperti apa yang kita nak.

Makanya, untuk membolehkan kita melakar sampai tahap maksud blh sampai, tak perlu masuk class mahal2 sebab kita hanya perlu mahir melakar.  Ingat kita bukan nak cantik kita nak sampai.  Lakar biar sampai. 

Ok... Jom santai dengan aku nanti hari Rabu 22/7/2020 jam 9 malam di Sifootime.  Aku akan share macam mana nak mula melakar.  buat biar dapat.  lakar sampai lebam. JOM..

I end here... till next journey..

Che Su



Comments

Popular Posts