Rezeki....

Assalammmualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang memberikan rezeki tak putus2 buat aku dan keluarga. hari ni nak bercerita tentang perasaan, rezeki, kata2 allah dari quran dan pendirian diri.

Perasaan....
semua orang mempunyai perasaan, setiap hari perasaan itu berbeza-beza.  hari ini... perasaan nyaman, tenang..semua benda yang dilakukan menyenangkan.  Semalam..perasaan kacau... banyak berfikir tentang urusan kerja, penindasan dan kekesalan dengan sikap orang sekeliling kita. Esok.. belum tau lagi perasaan macam mana... lebih bagus atau lebih buruk... hanya Allah saja yang tau.  AKU...haa kasar sikit tapi lebih rasa kalau berbahasa macam ni

Ya AKU... perasaan aku dari 2 minggu lepas tidak tenteram.. Mana kan tidak.. hari2 disumbat dengan berita yang tidak menyenangkan. Program2 yang aku design..semua lepas kat tangan orang lain.  Sampai la aku di sini... di bumi yang menghijau dengan padi ni... di takdirkan... berlakulah sedikit kesalahan..petindihan tugas dari mereka yang selalu mengguna pakai program aku. Aku masih tak nampak.. sehinggalah aku bertemu muka dengan mereka pada hari pertama.  Allah selakkan pada aku satu persatu .. apa yang aku tidak tahu dan nampak.... pagi nyata jelas depan mata.

Saat tu, aku rasa dunia aku gelap, terang,... gelap, terang.... tapi aku tahankan perasaan aku ...smpi hbs tugasan.  Malam ... sedia nak solat maghrib...Allah beri lagi petanda..lutut tiba2 tak blh bengkok... sujud apatah lagi.  Aki gagahkan jugak.. Solat kot.. Sakit ya amat. Esoknya hari kedua.. perasaan masih gusar.  Tetapi nekad dah ada.  Kaki masih sakit.  Hari ketiga..hari ini, selesai solat subuh, aku selak quran... niat dihati.. hari ini nak tahu apa Allah kata atas perkara yang terjadi ini.  Surah Al-anfal... aku pun baca dan semak tafsir...

Kata2 Allah dari Quran

Ya allah, sesungguhnya dia maha mengetahui. Dalam surah yang aku baca tu, Allah berfirman, janganlah kita membalas apa yang org buat pada kita, tetapi biar Allah saja yang membalasnya kerana dia lebih mengetahui.  Janganlah kita berlaku seperti orang bodoh dan tak berpendirian, jadilah diri sendiri dan lakukan apa yang kita rasa baik untuk diri kita sendiri kerana Allah akan membalas segala perbuatan dan perlakuan buruk orang yang buat kita. DAN...aku terus nekad...Saat ini adalah yang terakhir untuk aku berjuang dalam pekerjaan ini.

Pendirian diri..
Cukup apa yang aku rasa menyakitkan.. Kini aku akan mengorak langkah ke arah lain yang jauh dari perbuatan dan perlakuan yang boleh buat aku sakit.... In shaa Allah... rezeki semua milik Allah. Aku mohon doa agar aku diberikan kekuatan berterusan untuk mencari rezeki Allah yang maha luas yang tidak menyakitkan perasaan aku... In shaa allah...

Tq all..kerana sudi membaca... berbaliklah pada Allah kerana dia maha segala2nya

Comments

Popular Posts