SAMPAI BILA

Assalam ..

yeah sampai bila

semua benda yang berlaku kat dunia ni, kita semua akan tanya Sampai bila... contoh:  sampai bila nak membujang? sampai bila nak habis kerja ni? sampai bila nak buat dosa? sampai bila nak itu dan ini....

SAMPAI BILA....sampai la kita rasa YA.... aku akan berubah... ya aku akan cuba buat kerja sebaik mungkin supaya tidak beban sangat.. YA ... ada rezeki aku nak tamat zaman bujang aku... atau AAHHHH!!!! ikut je la...

aku dulu pun macam tu jugak.. yang paling perit apabila di tinggalkan tunang kerana orang ketiga.. hampir aku putus asa ... nak ambik nyawa sendiri sebab aku hikang arah,,kenapa benda ni berlaku kat aku... kenapa ada orang yang aku sayang dan suka,sanggup koban segalanya buat perkara yang sebegitu mengecewakan.  Apakah aku tak cukup baik, apakah aku ni beban pada dia..aku tak tahu..LOST!

SAMPAI BILA.... mak tanya..kawan tanya...aku bukan tak berpelajaran...aku bukan tak ada keje..cuma aku tak kuat dengan DUGAAN Allah yang maha hebat.  Aku tak tau rupanya ALLAH tengah menyelamatkan aku daripada aku terus susah di masa2 akan datang.  Aku tak tau yang ALLAH amat sayangkan aku ...

SAMPAI BILA?????? Sampaila saya pergi ke umrah pada penghujung tanhun 1997.  Banyak membuka mata saya, mata hati saya.. untuk terus meneruskan kerjaya, cari rezeki dan in shaa allah ada rezeki ALLAH aku akan bertemu jodoh yang ALLAH aturkan untuk aku.

SYUKUR... alhamdulillah... berkat kesabaran,ketenangan dari ALLAH, berkat sayangnya ALLAh pada aku...aku di sini...bersama suami yg terbaik, anak2 yg awesome, rezeki yang melimpah ruah...anak2 didik seluruh malaysia, sabah, sarawak, brunei, spore..wow ...tak tehingga rezeki aku.

Kawan2.. tak yah cakapla... kawan2 terbaik dari syurga... dari sekolah tadika, rendah, menengah itm,isu,tempat keje...jiran2 seluruh tempat yang aku duduk, geng usrah ya allahhhh.. belum kira saudara mara lagi,,masya allah.... subhanallah....

JADI stay positif, ingat ALLAH sayang kita dan ada yang terbaik yang Allah rancangkan untuk kita...


Andai dapat kau dengar ombak hati ini
Dihempas sepi tiada berlagu
Dulu tenang dan dilayari kasihmu
Kini dilanda gelora tak menentu

Sampai bila, harus ku bertanya
Firasat hatimu, yang terus membisu
Segala dendamku
Kini telah menjadi bebenan jiwa
Saat kau mencari pengganti cinta

Dalam rindu yang tak bererti apa lagi
Biarkan aku kini sendiri
Oh pergilah dengan dia yang kau cinta
Dan tak perlu kau di sini mengungkit kesilapan

Sampai bila, harus ku bertanya
Firasat hatimu, yang terus membisu
Segala dendamku
Kini telah menjadi bebanan jiwa
Saat kau mencari pengganti

Padamu aku hanya
Kaca yang tak berharga
Pudar seri... kosong. kelam. tak bermakna

Oooh
Ku melangkah dengan hati yang kecewa
Moga ada secebis ketabatan mengubati

Sampai bila...
Firasat hatimu, yang terus membisu
Segala dendamku
Kini telah menjadi bebanan jiwa
Saat kau mencari pengganti cinta.

Comments

Popular Posts