Berkongsi Pengalaman

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalam semua...

Alhamdulillah kita diberikan peluang dan ruang sekali lagi untuk bertemu diruang maya... telah sekian lama saya tidak menulis di blog ini kerana kekangan masa dan juga membantu anak saya yang telah pun menduduki upsr dengan jayanya.

Anak saya, Danial di saat saya menulis ini, telah pun dikurniakan oleh Allah tempat  untuk dia meneruskan pelajarannya dalam bidang yang dia suka.. syukur yang tak terhingga..saya rasa pengorbanan anak saya selama 8 tahun dia menimba ilmu, sejak dari 4 tahun, berbaloi apabila allah memberikan dia ruang untuk melakukan apa yang dia suka.

dalam pada masa dia menimba ilmu itu, pelbagai ranjau, onak yang berduri kami lalui. pernah dia disuruh guru duduk di luar kelas akibat sekelas yang tidak membuat kerja rumah, menda[at markah yang saya pun wow .. turut merasa jantun nak gugur dan banyak lagi peristiwa yang tak mungkin dapat saya ataupun dia lupakan.

tapi kini, mungkin dia boleh berfikir apa yang dia mampu dan apa yang dia tak mampu buat.  saya dan suami akan menyokong apa saja yang ingin dia lakukan asalkan mematuhi syariat dan berada pada landasan yang betul.  Pada anak raka2 saya dan ahli keluarga yang anaknya mendapat keputusan cemerlang atau separa... tahniah saya ucapkan dan ingatlah bukan A yang menentukan masa depan mereka sebaliknya akhlak dan sifat yang baik dapat membentuk anak2 ini menjadi manusia yang berguna.

Alhamdulillah, baru2 ni, saya telah mengikuti satu seminar yang lagi membuka mata saya pada apa yang berlaku di sekeliling kita.  Penceramah itu, En Mohd Zulkifli, empunya blog terkenal mohdzulkifli.com banyak menyedarkan saya atas kesilapan dan kekhilafan diri saya.

Bermula dengan beliau bercerita dengan kebahagiaan dan kekayaan seseorang itu bukan berdasarkan dari wang ringgit yang dikecapi tetapi kekayaan sejati adalah apabila kita dapat membahagiakan kedua orang tua kita dan dapat melahirkan anak2 soleh yang boleh mendoakan kita apabila kita mati kelak.  Itulah harta yang paling berharga buat kita.

Kemudian beliau bercerita pula tentang kekayaan Rasulullah saw, yang mana kita sebenarnya tidak didedahkan dan tidak tahu bahawasanya Rasulullah saw adalah seorang jutawan ketika Baginda berumur 25 tahun.. subhanallah.... ketika Rasulullah saw menikahi Siti Khdijah ra... mahar perkahwinan yang Rasulullah saw sediakan adalah 20 ekor unta merah .. masyaallah... itu bersamaan dengan 20 lori yang sarat dengan muatan dagangan untuk didagangkan.... Ya Allah...

Mungkin ada yang mengetahui tetapi tidak dipanjangkan kisah ini untuk kesedaran umat Islam sejagat.  Namun hakikat sebenar perlu untuk kita ketahui.  Selain daripada itu, beliau tempiaskan juga kisah keputusan UPSR baru2 ni.. ;)

Katanya A tu tak penting ... asalkan jadi orang.. kalau dapat banyak A dan jadi orang, alhamdulillah... makanya kita telah mencapai apa yang sepatutnya dilakukan sebagai khalifah Allah tetapi sekiranya banyak A tapi tak menjadi "orang" makanya A yang diperolehi itu adalah sia2 saja. Yang penting jadi "ORANG"... betul jugak ye...ramai sahabat2 saya diluar sana yang tidak seberapa akademiknya di waktu persekolahan tetapi kini menjawat jawatan yang tak kurang penting dalam pelbagai industri.. Bersyukur dengan apa yang kita ada kerana orang lain tak mungkin dapat apa yang kita dapat.

Banyak lagi yang dikongsikan bersama yang saya juga akan kongsikan di masa2 akan datang in shaa allah.

hingga bertemu kembali



Comments

Popular Posts