Ibu Oh Ibu!

Bismillahhirrahmanirrahim....

Assalammualaikum wbt

Barangkali belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia... yang telah mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia dan barangkali ada yang masih mengerjakan ibadah puasa sunat 6 syawal tika ini..alhamdulillah syabas saya ucapkan..

Sewaktu Ramadhan lepas, banyak pengalaman yang telah saya timba mengenai seorang IBU.  Saya sendiri mempunyai 2 orang ibu, iaitu ibu kandung saya dan juga ibu mertua saya. Dan saya juga adalah seorang ibu kepada 3 orang anak lelaki comel yang saya kandung 9 bulan 10 hari...mmmm nikmat sungguh keajaiban yang Allah beri...subhanallah

Ibu saya tatkala Ramadhan baru2 ni, Allah telah tidak mengizinkan untuk dia berpuasa kerana penyakit yang dihidapinya. Ibu saya sungguh sedih namun demi menjaga kesihatannya, beliau akur.  Saya hanya sempat berpuasa dengannya selama 3 hari sahaja kerana suami yang bertugas dan anak yang masih bersekolah.  Justeru, Seminggu sebelum Eid Mubarak saya telah pulang ke kampung untuk berpuasa bersama ibu dan ayah saya seterusnya menyambut lebaran dengannya.  Kebetulan, bila giliran sambut raya di rumah ibu saya saja, suami saya kena bekerja, jadi dia balik ke rumah semula 2 hari sebelum raya.  Tinggallah saya dengan anak2 saya di Ipoh.

Ibu saya, sedia maklum seorang yang simple tapi cerewet especially tentang makanan.  Kalau saya masak, dia akan sentiasa duduk di belakang dan memberi arahan.  Semua yang saya masak dikatanya masin..aduhaiii... padahal tak masin pun... mengenangkan saya berpuasa maka saya ikut kan aje apa yang dikatanya.  
2-3 hari sebegitu, adakala mencabar kesabaran saya, kata- kata pedih yang kadang2 tanpa ibu saya sedari dilontarkan pada saya.. saya telan bulat2 kerana DIA IBU SAYA...
Pada hari memasak, iaitu sehari sebelum hari raya, adik saya pulang dengan keluarganya, memang 2 keluarga ni akan ada pada raya yang sama untuk menemani IBU.

Saya sedia maklum, adik dan abang saya adalah 2 insan yang paling IBU saya sayangi kerana mereka ada kelebihan masing2 yang saya tidak ada.  Sewaktu saya kecil pun, saya banyak menyusahkan keluarga dari menyenangkan dan itu yang membuat saya tidak digemari sampai lah sekarang.  apa yang saya buat semua serba tak kena.. Jadi, apabila adik saya balik, sudah tentulah tumpuan lebih padanya, dan saya...masih begitu, gelak tawa, bersembang seakan semuanya normal.

Hari memasak berlalu pergi, Syawal menjengukkan diri.  Penat usah dikira lah... semenjak dari saya balik tu, saya dah penat sebab saya yang uruskan semuanya sebab IBU sakit.  Dari seawal jam 4 pagi saya mulakan hari saya hinggalh 12 tgh malam... tak berhenti mengemas, memasak, melakukan tugasan2 rumah yang lain dan of course anak2 saya.

Hari Raya disambut meriah, ramailah yang datang ke rumah IBU saya...rahmat dari allah memberi rezeki pada orang yang datang.  Hari raya ke-3, suami saya sudah pun sampai ke Ipoh dan kami semua bertolak ke Penang untuk bersama sanak-saudara disana.  Ketika saya sedang menjamu selera, sambil bersembang, barangkali ada kata2 yang saya lontarkan yang bagi ibu saya tak sedap didengar walhal saya tak berniat untuk menyakitkan hati sesiapa pun... depan saudara-mara saya yang lain ibu memberi pandangan yang kasar dan pedih buat saya...alhamdulillah allah masih lagi mengizinkan saya untuk bersabar,.... dalam nada gelak-gelak saya membela diri saya...aduhhh malunya dikata begitu depan orang ramai...

Apa pun... DIA IBU SAYA... saya sayangkan dia... dan saya anggap apa yang dia kata pada saya.. sebagai gurauan walaupun pedih.. biar saya yang rasa dan tanggung.  Saya sayang IBU saya...

Pada ibu diluar sana, hargailah anak2 kita... itulah permata yang Allah berikan dan saya amanah yang paling besar..apa yang saya lalui..pengajaran buat semua.  yang jahat itu dari saya .. yang baik Allah jua yg tahu...

So, take care all....

Salam Eid Mubarak

Comments

Popular Posts