PRU13...

بسم الله الر حين الر حيم

Assalam all,

Alhamdulillah... praise to Allah.. sekali lagi kita diberikan kesempatan untuk meghirup udara, merasa bahang panas matahari dan merasa keredupan suasana dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa..syukur

Pilihanraya datang lagi... saya tak memihak kepada sesiapa tetapi selaku pemerhati dan rakyat Malaysia, saya boleh rasa, baca dan faham akan apa yang berlaku sekarang ini.  terpulang pada rakyat semua untuk menentukan yang mana yang elok untuk kita semua...

Kita semua dah dewasa dan mampu untuk berfikir apa yang terbaik untuk semua. Kita nak hidup dalam aman dan diredhai Allah.. itu yang utama.. jika hidup huru-hara, penuh dengan agenda yang kita sendiri tak pasti, banyak menuding jari ke arah orang lain sedangkan 4 jari lagi mengarahkan kepada diri sendiri, sudah pasti hidup kita tidak dirahmati dan diberkati.

Sesungguhnya, saya rasa kesederhanaan dalam kehidupan itulah yang paling utama, dan yang paling penting rezeki yang halal, jangan hidup atas kesenangan orang lain.  Rezeki yang Allah berikan adalah untuk kita rasa bersama-sama dan bukannya untuk kegunaan diri sendiri.  Setiap rezeki yang kita perolehi, ada sebahagian yang bukan milik kita tapi milik orang lain yang Allah salurkan melalui kita. Justeru itu, biar semua dapat rasa.  Jangan ditindas golongan yang susah, dan jangan disogok dengan sesuatu yang tidak nyata niatnya dan puncanya.

jadilah insan yang Allah redho setiap tindak tanduknya.  Semoga kita semua diberkati dan mengundilah dengan jujur mengikut rasional dan bukan mengikut emosi.  Kerana emosi kita terlalu banyak syaitan yang bergayut untuk memporak peranda kan umat Muhammad saw.

Selamat Mengundi.... :)

Comments

Popular Posts